fb fb fb fb fb

Lima terbunuh, seorang cedera di Donetsk

DONETSK, 17 September- Lima orang awam terbunuh dan seorang cedera akibat serangan oleh Ukraine di wilayah Donetsk kata pegawai tentera Rusia.

Menurut ketua wilayah yang dilantik oleh Rusia "lima orang terbunuh itu di daerah Kirov dan Kuibyshevskyi manakala seorang wanita cedera di Svetlodarsk, Denis Pushilin," tulisnya di aplikasi pemesejan Telegram.

Bagaimnapun Reuters tidak boleh mengesahkan maklumat dari Donetsk secara bebas berikutan beberapa bahagian lain di timur Ukraine sebahagiannya dikawal oleh pemisah pro-Rusia sejak 2014.

Tiada komen segera diterima dari Kyiv.

Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine melaporkan berlaku pertempuran dan sebahagian kejayaan tenteranya merupakan sebahagian daripada serangan balas negara itu untuk menuntut semula tanah yang diduduki oleh Rusia dalam pencerobohannya selama 19 bulan.- REUTERS

(Askar Ukraine di Andriivka, Wilayah Donetsk/REUTERS)

Media Baharu