fb fb fb fb fb

Episod tuding jari Kanada-India berterusan

Foto AFP

NEW DELHI, 21 November - India beri amaran kepada Kanada berhubung ketegangan berpanjangan susulan dakwaan sebuah akbar dari Toronto, Globe and Mail yang mengaitkan Perdana Menteri India Narendra Modi dengan pembunuhan seorang aktivis Sikh pada 2023.

Kementerian Luar India menerusi satu nota bantahan turut meminta penjelasan, selepas isu tersebut terus dimainkan meski telah dinafikan berulang kali.

"Kenyataan yang tidak masuk akal dan dibuat oleh akhbar yang kononnya memetik daripada sumber kerajaan Kanada harus dihentikan segera dengan hukuman sewajarnya," tambah kenyataan tersebut.

Ottawa sebelum ini menuduh India merancang pembunuhan warga Kanada Hardeep Singh Nijjar pada 2023 di Vancouver.

Nijjar ditembak mati oleh penembak bertopeng di luar kuil Sikh selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas dakwaan jenayah keganasan dan komplot membunuh.

Ketegangan antara Kanada-India sampai ke kemuncak apabila kedua negara mengusir diplomat kanan masing-masing serta menggantung hubungan dua hala.- AFP

Trainee2