fb fb fb fb fb

Enam terbunuh, 14 cedera dalam letupan gas di Mongolia

Imej yang dikongsi oleh Nema menunjukkan perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian kebakaran awal pagi ketika api besar mulai marak di jalan Ulaanbaatar/FOTO AFP

 ULAANBAATAR, 24 Januari - Enam orang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan tong gas akibat kemalangan kenderaan di ibu Mongolia hari ini.

Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) Mongolia berkata, lori muatan berat yang membawa 60 tan gas asli cecair (LNG) bertembung dengan sebuah kereta dan meletup awal hari ini.

"Menurut siasata awal, tiga orang maut dalam kebakaran itu," kata NEMA menerusi laman web rasminya.

Mangsa korban merupakan tiga anggota bomba manakala 14 lagi telah dihantar untuk dapatkan rawatan lanjut.

Sepuluh daripada mereka telah dibawa untuk rawatan kerana melecur, manakala seorang kanak-kanak sedang dirawat kerana keracunan dan tiga bayi lain dalam jagaan rapi.

Pasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian dan api telah dipadamkan, tambahnya.

Imej yang dikongsi oleh NEMA menunjukkan pasukan kecemasan berada di tempat kejadian.

Letupan gas itu menyebabkan kepulan asap tebal naik ke udara sebelum meletusnya api yang marak.

GRACE AISYAH KEDAYAN