(Foto Reuters)
SHOVI, 4 Ogos- Sekurang-kurangnya enam orang disahkan maut, manakala 35 lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan Racha, Georgia.
Perkara itu diberitahu Kementerian Infrastruktur negara berkenaan, pada Jumaat.
Laporan Formula TV menyebut, tanah runtuh di destinasi percutian dan mendaki gunung popular itu berlaku pada petang Khamis, bagaimanapun anggota penyelamat tidak dapat mengakses tapak tersebut sehingga waktu malam.
Racha ialah sebuah wilayah di barat laut negara Kaukasia Selatan, berhampiran sempadan Rusia dan terkenal dengan pemandangan dan perairan mineralnya yang menakjubkan.
Ahli geologi, Merab Gaprindashvili memberitahu televisyen tempatan, ini kali pertama tanah runtuh berskala besar berlaku di rantau itu.
Ia disifatkan kejadian semula jadi paling dahsyat berlaku di barat laut Georgia sejak gempa bumi teruk pada 1991.
Beliau menganggarkan kampung yang terjejas di wilayah Racha tertimbus bawah 5 juta meter padu lumpur.-REUTERS
(Rakaman drone di tapak tanah runtuhan di
wilayah pergunungan Racha, Georgia/Foto Reuters)