fb fb fb fb fb

Arizona cuba sistem untuk kawal kesan haba

AMERIKA SYARIKAT, 4 Ogos - Jalan raya di City of Phoenix dibina sistem penyejukan bagi menghadapi musim panas di Arizona.

Pelaksanaan sistem itu merupakan satu inisiatif yang disifatkan sebagai 'pelindung matahari untuk jalan raya'.

Menggunakan salutan kelabu yang direka bentuk untuk memantulkan haba dan cahaya matahari dari permukaan, bandar itu berharap dapat mewujudkan jalan yang lebih sejuk dan mengurangkan kesan haba.

" Dipanaskan dari bawah ke atas, dan apabila kita melihat imej satelit di mana permukaan panas berada di bandar kita, sangat jelas dua ciri timbul, bumbung dan jalan raya," kata Oengarah Pejabat Haba Phoenix dan Tindak Balas Mitigasi, David Hondula kepada Reuters.

Bandar itu telah memasang 10 batu turapan sejuk.

Penyelidik dari Arizona State University (ASU) bekerjasama dengan pegawai bandar, mengkaji keputusan tahun pertama Program Perintis Cool Pavement, yang bermula pada 2021.

Penemuan mendedahkan bahawa salutan itu mempunyai suhu permukaan purata 10.5 hingga 12 darjah Fahrenheit yang lebih rendah daripada asfalt tradisional.

Profesor bersekutu di Sekolah Kelestarian di ASU Jennifer Vanos telah melakukan ujian l di atas turapan yang sejuk dan jalan asal.

Beliau menggunakan MARTY iaitu alat biometeorologi mudah alih bagi mengukur sinaran dalam tiga arah serta suhu udara, kelembapan relatif dan kelajuan angin.

(FOTO REUTERS)

Selepas meletakkan MARTY di atas turapan sejuk, instrumen membaca 109 darjah Fahrenheit untuk suhu permukaan manakala pada asfalt biasa suhu permukaan ialah 114 darjah Fahrenheit.

Penduduk di kawasan tidak semua yakin ia berfungsi untuk mengurangkan suhu.

"Kami tidak melihat sebarang perbezaan apabila kami keluar. Tengahari pun kita rasa panas sama. Jadi saya tidak fikir ada manfaat besar dengan teknologi baharu ini, jadi saya tidak tahu sama ada berbaloi untuk melabur dalam sesuatu seperti ini untuk seluruh bandar," kata seorang wanita.

Timbalan Pengarah untuk Chispa Arizona Masavi Perea berkata, usaha itu merupakan langkah tepat, namun dia tidak mencukupi.

"Perkara apabila teknologi baharu digunakan, ia mengambil masa beberapa tahun untuk melihat data," katanya.

"Kita perlu menanam pokok, kita perlu membaiki taman kita, kita perlu mempunyai kawasan yang sejuk," katanya. - REUTERS

Media Baharu