fb fb fb fb fb

Australia alu-alukan langkah China naikkan tarif barli

AUSTRALIA, 4 Ogos - Australia mengalu-alukan tindakan China untuk menurunkan tarif anti-lambakan dan anti-subsidi ke atas import barli ke negaranya.

Kementerian Perdagangan China berkata, tarif akan diturunkan mulai Sabtu.

Tanpa memberikan butiran lanjut, katanya situasi itu merubah pasaran barli di China .

Bercakap kepada media pada sidang akhbar, Menteri Luar Australia Penny Wong memuji langkah itu sebagai "lankah tepat".

Namun, Menteri Perdagangan Don Farrell berkata ia merupakan langkah positif dalam penyambungan semula perdagangan sepenuhnya antara kedua-dua negara.

(FOTO REUTERS)

Hubungan antara kedua-dua rakan dagang itu merosot pada 2020 selepas Australia menggesa siasatan mengenai asal-usul COVID-19 yang mencetuskan tindakan balas Beijing, termasuk duti anti-lambakan ke atas wain dan barli Australia.

Bagaimanapun, ketegangan semakin reda selepas parti Buruh berhaluan tengah memenangi kuasa di Australia tahun lalu. - REUTERS

Media Baharu