(Salah seorang migran yang terselamat dalam kejadian bot karam di English Channel, Perancis
dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan/AFP)
CALAIS, 13 Ogos- Enam migran asing maut apabila bot yang dinaiki mereka karam di perairan Perancis ketika dalam perjalanan menuju ke Britain, semalam.
Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 2.00 pagi waktu tempatan di luar pantai utara negara berkenaan di English Channel.
Timbalan Pendakwa Raya bandar pantai Boulogne, Philippe Sabatier mengesahkan, mangsa yang terkorban adalah lelaki warga Afghanistan berusia lingkungan 30-an.
Sementara itu, 61 lagi berjaya diselamatkan termasuk kanak-kanak yang majoriti migran adalah warga Afghanistan serta beberapa warga Sudan.
Dua yang lain dilaporkan masih hilang dan usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa Perancis dan Birtain.
Menteri Laut Perancis, Hervé Berville menyalahkan sindiket pemerdagang manusia dalam kejadian terbaharu itu.
"Ia adalah tanggungjawab penyeludup yang menghantar orang muda, wanita, dewasa menuju 'kematian' mereka," katanya dalam sidang media di sini.
Tahun lalu, Perancis merekodkan seramai 45,000 migran yang melakukan lintasan di perairan negaranya. -AFP
(Salah seorang migran yang terselamat dalam kejadian bot karam
di English Channel, Perancis/AFP)