fb fb fb fb fb

Enam maut 'angkara' Taufan Doksuri di Filipina

(Kakitangan pengawal pantai Filipina (PCG) membersihkan pokok tumbang di bandar Buguey,
Cagayan, Filipina akibat Taufan Doksuri/AFP)

MANILA, 27 Julai- Angka kematian akibat taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat di utara Filipina meningkat kepada enam orang, hari ini.

Taufan Doksuri itu membadai pulau utama Luzon semalam dengan menumbangkan banyak pokok, memutuskan bekalan elektrik dan memaksa pemindahan ribuan penduduk daripada komuniti pantai.

Seorang ibu dan tiga anaknya maut semalam apabila tanah runtuh menimpa kediaman mereka di perbandaran Buguias di wilayah pergunungan Benguet, manakala lima penghuni berjaya diselamatkan.

Sementara hari ini, seorang wanita maut dihempap pokok kelapa yang tumbang di wilayah Isabela dan seorang budak lelaki, 16, maut akibat tanah runtuh di bandar Baguio.

Doksuri dijangka semakin lemah apabila ia bergerak merentasi Laut China Selatan, sebelum diramal mendarat di tenggara China menjelang esok. -AFP

(Peta memaparkan lokasi dan laluan ramalan Taufan Doksuri/AFP)

Media Baharu