fb fb fb fb fb

Empat mayat pendatang asing ditemukan di laut selepas bot mereka terbalik

Terletak kira-kira 30 kilometer di luar pantai Semenanjung Paraguaná Venezuela, Aruba ialah sebuah pulau kecil seluas 180 kilometer persegi dan sekitar mempunayi 110,000 penduduk

ORANJESTAD, 13 Disember- Pihak berkuasa di pulau Caribbean, Aruba telah menemui empat mayat, dipercayai pendatang asing selepas sebuah kapal terbalik di laut, kata jurucakap polis, hari ini.

Laporan akhbar tempatan mengatakan kapal itu tiba dari Venezuela, 15 batu di selatan Aruba.

Pengawal pantai berkata pada Isnin bahawa dua orang tiba di Vader Piet di utara pulau itu dalam satu sampan kecil, memberitahu pihak berkuasa bahawa "bot mereka yang membawa sekumpulan pendatang tanpa izin terbalik di laut," kata satu kenyataan, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Pihak berkuasa kemudiannya menemui tiga mayat ketika tiba di lokasi kejadian, dan satu lgi mayat ditemukan pada pagi tadi.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa kapal dengan pendatang telah tiba di Aruba.

Pertubuhan Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa 17,000 rakyat Venezuela tinggal di Aruba.

Mereka adalah antara tujuh juta orang yang telah meninggalkan Venezuela dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melarikan diri daripada krisis ekonomi dan politik yang teruk.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE