fb fb fb fb fb

Empat maut kereta bertembung dengan bas pelancong

(FOTO TWITTER)

ATHENS, 10 September- Empat orang maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan bas pelancong dua tingkat di utara Greece pada Ahad, kata polis.

Tiga daripada mangsa adalah orang tempatan sementara seorang rakyat Rusia.

Polis sebelum ini berkata tiga orang terbunuh, tetapi yang keempat kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Bas pelancong tersebut menggunakan nombor pendaftaran Serbia.

23 daripada lebih 80 penumpang dibawa ke hospital kerana cedera ringan.

Kira-kira 20 anggota bomba dan enam kenderaan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Greece adalah antara negara EU dengan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi setiap tahun, dengan 58 kematian bagi setiap juta orang pada 2022, menurut angka Suruhanjaya Eropah.-AFP


(FOTO TWITTER)

Media Baharu