fb fb fb fb fb

Pesawat Air China mendarat cemas di Singapura

(FOTO Pengguna media sosial)

SINGAPURA, 10 September- Sebuah pesawat penerbangan Air China dari Chengdu melakukan pendaratan cemas di Singapura petang tadi selepas enjin kirinya terbakar.

Begitupun, semua penumpang dan anak kapal selamat.

Penerbangan CA403 mengesan asap di ruang kargo hadapan dan tandas semasa dalam perjalanan ke negara bandar itu, kata Lapangan Terbang Changi dalam satu kenyataan di Facebook.

Pesawat itu mendarat di landasan 3 pada sekitar pukul 4:15 petang dan semua penumpang serta anak kapal telah dikeluarkan dengan selamat.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai orang di dalam pesawat tersebut.

"Api di bahagian kiri enjin telah dipadamkan," tambahnya.

Air China dan pengendali lapangan terbang Changi Airport Group telah memberikan bantuan kepada penumpang dan anak kapal.

Landasan itu akan ditutup buat sementara waktu dan operasi penerbangan mungkin terjejas, kata pengendali lapangan terbang itu.

Air China bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan. -AFP


(FOTO Pengguna media sosial)

Media Baharu