fb fb fb fb fb

Empat maut ditembak di sebuah bar di Montana

Foto Reuters

MONTANA, 2 Ogos- Empat individu maut ditembak pada pagi Jumaat selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di The Owl Bar di Anaconda, Montana, sekitar pukul 10.30 pagi, menurut pihak berkuasa.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown, 45 tahun, dilaporkan tinggal bersebelahan dengan bar tersebut.

Pihak berkuasa kini sedang memburunya di kawasan hutan berbukit di sebelah barat Anaconda.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Menjelang petang Jumaat, beberapa kenderaan polis dilihat berada di luar The Owl Bar ketika siasatan diteruskan.

Gabenor Greg Gianforte dalam hantaran di X berkata beliau sedang memantau rapat perkembangan kejadian itu dan menggesa orang ramai mendoakan mangsa, keluarga mereka serta anggota penguat kuasa yang terlibat.

Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) mengesahkan ejen dari pejabat Denver sedang membantu siasatan tersebut. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM