fb fb fb fb fb

Empat maut dalam serangan dron di timur Syria

(Foto AFP)

BEIRUT, 8 Mac- Empat orang maut dalam serangan dron di timur negara Syria yang dikuasai kerajaan, manakala lapan yang lain, cedera.

Perkara itu disahkan Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.

Serangan berlaku berhampiran kilang senjata milik kumpulan yang disokong Iran dan berhampiran trak yang sarat senjata.

Ia menyasarkan sebahagian bandar yang menjadi kediaman komander tertinggi Iran dan pegawai kanan pergerakan Hizbullah di Lubnan.

Serangan turut disasarkan terhadap hospital Iran yang khusus bagi merawat pesakit taun.-AFP


(Kemusnahan berikutan serangan dron yang mengorbankan empat orang
di bandar timur Deir Ezzor/AFP)

Media Baharu