fb fb fb fb fb

Sekolah di China latih wanita jaga bayi baru lahir

SHANGHAI, 8 Mac- Lebih 10 wanita hadir ke pusat latihan Yipeitong di Shanghai untuk belajar menjadi "yue sao" atau penjaga wanita berpantang.

Ia bukanlah perkara baru di China, secara tradisinya ia merangkumi peraturan ketat mengenai cara mandi, mencuci rambut dan memberus gigi untuk ibu berpantang.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Januari, populasi negara itu menunjukkan penurunan tahun lepas buat kali pertama dalam tempoh enam dekad.

Ibu bapa di bandar-bandar utama negara itu masih membelanjakan jumlah yang besar untuk aktiviti permulaan bagi kanak-kanak.

Di Shanghai, kelas persendirian berharga lebih daripada 200 yuan sejam, pelajaran muzik secara rutin menelan belanja lebih 400 yuan setiap jam dan kem sukan dan sains berharga antara 6,000 yuan dan 8,000 yuan setiap minggu semasa tempoh cuti.

"Kami memerlukan seseorang yang profesional untuk melakukan perkara itu," tambah Jiang sambil menjelaskan bahawa pusat itu mengajar "pengetahuan pemakanan saintifik, serta pengetahuan lain seperti pendidikan awal kanak-kanak".

(Wanita menunggu sebelum memasuki kelas kemahiran kejururawatan di Yipeitong/REUTERS)

Jiang berkata, wanita di Shanghai hanya memperoleh separuh daripada pendapatan purata kerana perlu membayar untuk perkhidmatan profesional, dan ia diperlukan untuk ibu moden.

Menurut iklan pekerjaan, gaji penjaga wanita berpantang di bandar utama boleh mencecah 15,000 yuan sebulan atau lebih.

Gaji itu menggalakkan wanita yang mempunyai sijil pendidikan tinggi untuk memasuki industri.

Dong Lili, seorang pelajar di pusat itu berkata, "pengalaman menjaga anak sendiri menjadikan idea kerjaya dalam penjagaan kanak-kanak menarik," katanya.

"Apabila ibu bapa memilih pengasuh, mereka akan memilih yang lebih profesional, dan keperluan untuk kelayakan akademik amat tinggi," tambah lelaki berusia 35 tahun itu.

apelajar dan guru di pusat itu bersetuju bahawa keperluan untuk penjagaan kanak-kanak moden, profesional dan terlatih merupakan kemahiran yang paling penting dalam penjagaan wanita berpantang.

"Anda mesti bersabar, dan melayan bayi itu seperti anak anda sendiri," kata pelajar berusia 46 tahun, Sun Hui.- REUTERS






Media Baharu