fb fb fb fb fb

Eksport pertanian, Ukraine sasar lebih AS$20 bilion

FOTO AFP

KIEV, 14 Mac- Eksport pertanian Ukraine dijangka melebihi AS$20 bilion dolar tahun ini.

Pandangan tersebut disuarakan Timbalan Menteri pertama dasar pertanian dan makanan Ukraine, Taras Vysotsky.

Jelas beliau, negara itu menganggarkan potensi eksport sekurang-kurangnya berada pada tahap tahun sebelumnya iaitu lebih daripada AS$20 bilion dolar.

Pengeluaran bijirin Ukraine bagaimanapun, akan menurun tahun ini kerana petani negara itu memberi tumpuan kepada penanaman lain.

Menurut Vysotsky, pengeluaran bijirin yang lebih rendah di Ukraine mungkin mendorong kenaikan global harga bijirin.

Menurut Persatuan Eksport Pertanian Ukraine, eksport pertanian negara itu turun 16 peratus kepada AS$23.4 bilion dolar tahun lalu.

Akademi Sains Agraria Kebangsaan mengeluarkan anggaran lebih awal bahawa pengeluaran bijirin Ukraine akan menurun sebanyak 37 peratus kepada 34 juta tan pada 2023.- AFP


(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky/AFP)

Media Baharu