fb fb fb fb fb

Dunia hampiri had kritikal 1.5°c

Foto REUTERS

BEIJING, 2 Ogos -Dunia kini berada dalam keadaan amat membimbangkan dan semakin hampir melepasi had pemanasan global 1.5 darjah celsius, menurut seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pakar iklim sebelum ini telah mengeluarkan amaran sedemikian.

Melepasi tahap itu berisiko menyebabkan pelbagai bencana alam yang saling berkait seperti penggurunan, runtuhan ais di kutub, dan kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap dan dahsyat.

Pengarah Eksekutif Pejabat Projek PBB (UNOPS) Jorge Moreira da Silva, menekankan kesan buruk sekiranya sasaran 1.5°c gagal dicapai.

"Jika kita menuju ke arah 2.9°c dan bukannya 1.5°c, seramai 1.3 bilion manusia di dunia akan tinggal di kawasan yang berubah menjadi gurun atau mengalami tekanan air yang kritikal.
Ais di kutub akan musnah. Kestabilan iklim akan terjejas teruk.

"Ribut taufan dan siklon akan terjadi dengan kerap. Had 1.5°C ini adalah had fizikal. Kita mungkin masih hidup di planet ini, tetapi keadaan kehidupan akan berubah secara drastik daripada segi kesihatan, kesejahteraan, dan kualiti hidup. Namun, kita masih boleh memperbaikinya," katanya. - REUTERS

TETITIA YUSOFF