fb fb fb fb fb

Dua terkorban helikopter pengawal kebangsaan terhempas di selatan negeri AS

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 16 Februari - Dua orang maut apabila sebuah helikopter Black Hawk terhempas berhampiran lebuh raya di selatan Alabama.

Menurut jurucakap pejabat sheriff Madison County, helikopter milik Pengawal Kebangsaan Tennessee itu terhempas sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan dan terbakar.

Penyiasat, Brent Patterson mengesahkan kematian dua kru pesawat tersebut.

(FOTO AFP)

Helikopter UH-60 yang sedang menjalani misi latihan itu terhempas di barat laut Huntsville di sepanjang Lebuhraya Alabama 53.

Kepulan asap hitam dilihat dari lokasi nahas manakala pelbagai kenderaan kecemasan dilihat bergegas ke tempat kejadian.

Punca nahas masih dalam siasatan.-AFP

Media Baharu