JAKARTA, 17 November- Empat orang termasuk dua juruterbang terbunuh apabila dua pesawat tentera Indonesia terhempas ke lereng gunung ketika latihan, kata jurucakap tentera udara.
Dua pesawat Embraer Super Tucano dilapor berlepas dari bandar Jawa Timur Malang pagi semalam sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian ketika latihan formasi biasa.
“Semua mayat telah ditemukan. Dua sudah berada di hangar, dua masih dalam pengangkutan ke pangkalan.
"Mayat ditemukan di lereng gunung berhampiran Gunung Bromo di Jawa Timur dan pesawat dipercayai melanggar lereng curam," kata Jurucakap Agungnya, Sasongko Jati.
Dua juruterbang dan dua pembantu juruterbang itu ditemukan selepas mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai lokasi pesawat terhempas.
Sasongko berkata, dua pesawat tempur ringan 'turboprop' itu berada dalam keadaan baik sebelum berlepas dan punca nahas sedang disiasat
Indonesia, sebuah kepulauan yang luas, mempunyai rekod keselamatan udara lemah walaupun banyak bergantung pada pengangkutan udara untuk menghubungkan beribu-ribu pulaunya.
Ia telah mengalami tiga nahas pesawat komersial utama dalam tempoh sembilan tahun yang lalu. -AFP