fb fb fb fb fb

Dua mayat ditemukan dalam runtuhan

(Sebuah jengkaut mengalihkan runtuhan / AFP)

MARSEILLE, 10 April- Dua mayat ditemukan dalam runtuhan bangunan di bandar Marseille Perancis berikutan letupan besar pada Isnin.

"Usaha mencari dan menyelamat sukar ekoran struktur runtuhan jadi ia akan mengambil lebih banyak masa," kata jabatan itu dalam satu kenyataan ringkas, mengesahkan laporan dalam media tempatan.

"Pihak berkuasa kehakiman kemudian akan meneruskan untuk mengenal pasti mangsa, tambahnya.

Mayat ditemukan kira-kira 24 jam selepas letupan yang menyebabkan pangsapuri empat tingkat di bandar pelabuhan Mediterranean itu runtuh.

Seorang pegawai sebelum ini berkata pada petang Ahad bahawa pekerja penyelamat sedang mencari lapan orang hilang yang terperangkap berada dalam runtuhan.

“Malam ini, kita berduka,” kata Datuk Bandar Marseille Benoit Payan dalam satu kenyataan.

“Semua perkhidmatan bandar serta negeri, pada masa ini masih komited sepenuhnya untuk meneruskan pencarian,” tambahnya.-AFP


(Petugas penyelamat termasuk Unit K9 membantu
mencari mangsa yang masih hilang / AFP)

Media Baharu