fb fb fb fb fb

Bapa, anak perempuan terbunuh dalam serangan Rusia

UKRAINE, 10 April- Seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 11 tahun terbunuh selepas peluru berpandu Rusia jatuh di sebuah rumah di bandar Zaporizhzhia, tenggara Ukraine.

Ia adalah serangan terbaru Rusia ke atas infrastruktur awam di Ukraine setelah pencerobohan Moscow memasuki tahun ke-2.

“Musuh melakukan serangan peluru berpandu ke atas Zaporizhzhia dan membunuh satu lagi keluarga Ukraine,” kata ketua Perkhidmatan Kecemasan Negara, Sergiy Kruk, di media sosial.

Gadis itu meninggal dunia dalam ambulans, kata ketua Majlis Bandaraya Zaporizhzhia, Anatoliy Kurtiev.

Petugas penyelamat telah menarik ibu gadis tersebut yang berusia 46 tahun yang masih hidup dari bawah runtuhan.

Anak perempuan sulungnya tiada di rumah ketika serangan itu berlaku, kata perkhidmatan kecemasan.

(FOTO AFP)

Kurtiev berkata, dua peluru berpandu Rusia jatuh di bangunan kediaman, sambil menambah bahawa terdapat banyak tingkap dan bumbung rosak dikebanyakan rumah jiran.

Dalam ucapannya, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, ibunya berada dalam keadaan serius di hospital.

"Beginilah cara Rusia meletakkan dirinya dalam pengasingan yang lebih besar daripada dunia, daripada manusia," katanya. -AFP

Media Baharu