fb fb fb fb fb

Dua maut, terjun dari belon udara panas

(Tangkap layar video tular kejadian belon udara panas terbakar di Teotihuacan / YOUTUBE)

MEXICO CITY, 2 April- Dua orang maut apabila terjun daripada belon udara panas yang terbakar di kawasan tapak arkeologi terkenal Teotihuacan berhampiran Mexico City terbakar.

“Penumpang itu melompat keluar dari belon,” kata kerajaan negeri Mexico dalam satu kenyataan, sambil menambah seorang kanak-kanak melecur akibat kebakaran itu.

Mangsa yang maut adalah seorang wanita berusia 39 tahun dan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Manakala kanak-kanak itu telah mengalami luka bakar tahap dua di muka serta patah tulang paha kanan.

Bagaimanapun kerajaan negeri tidak tidak menyatakan sama ada terdapat penumpang lain di atas belon itu.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan gondola belon itu terbakar, di langit yang sangat cerah.

Beberapa pengendali pelancongan menawarkan perkhidmatan belon udara panas di Teotihuacan, kira-kira 45 batu (70 kilometer) timur laut Mexico City, dengan harga sekitar AS$150.

Teotihuacan ialah destinasi pelancongan yang popular, menempatkan Piramid Matahari dan Bulan, serta Avenue of the Dead, monumen zaman pra-Columbus. -AFP


(Tangkap layar video tular kejadian belon udara panas
terbakar di Teotihuacan / YOUTUBE)

Media Baharu