fb fb fb fb fb

Dua maut, seorang cedera dalam tembakan berterusan di Thailand

BANGKOK, 22 Mac- Polis Thailand mengepung sebuah rumah selepas seorang lelaki yang bersenjata bersembunyi selepas melakukan pembunuhan dua individidu selain mencederakan seorang lagi individu lain, menurut seorang jurucakap.

Penembak itu mula melepaskan tembakan di Phetchaburi kira-kira 100 kilometer di barat daya Bangkok kira-kira pukul 3.00 petang waktu tempatan, kata jurucakap polis negara Achayon Kraithong kepada AFP.

“Polis mengepung kawasan itu dan suspek lelaki yang meiliki pistol mula melakukan tembakan dan membunuh dua lelaki serta seorang individu lain,” katanya.

"Insiden itu masih berlaku," tambahnya, yang enggan memberikan butiran lanjut.

Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata api yang tinggi dan terdapat insiden ganas yang berterusan sejak 12 bulan lalu, termasuk salah satu insiden yang menyayat hati baru-baru ini.

Kerajaan itu menjadi goyah pada Oktober selepas seorang bekas sarjan polis membunuh 36 orang, 24 daripadanya kanak-kanak, di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu.- AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu