fb fb fb fb fb

Dua maut dalam kebakaran hutan di wilayah tengah Greece

FOTO REUTERS

ATHENS, 30 September - Dua terkorban dalam kebakaran hutan yang dicetuskan angin kencang di kawasan gunung di wilayah Corinth, Greece pada Isnin, menurut pihak berkuasa Greece.

Ratusan anggota bomba dengan sembilan pesawat bertungkus lumus memadam kebakaran yang bermula pada Ahad berhampiran bandar pantai Xylokastro di semenanjung Peloponnese, kira-kira 120 km (75 batu) barat Athens.

Beberapa kampung diarahkan berpindah akibat daripada insiden tersebut.

Jurucakap polis Greece Constantina Dimoglidou memaklumkan mayat ditemukan dalam keadaan rentung dan memerlukan ujian makmal untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Menurut Kementerian Perlindungan Rakyat Greece, Jabatan bomba telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Tahun ini, Greece mengalami musim panas melampau menyebabkan banyak kawasan mengalami kekurangan hujan atau tiada hujan langsung. - REUTERS

TETITIA YUSOFF