fb fb fb fb fb

Dua lagi rakyat Palestin terbunuh

Foto REUTERS

PALESTIN, 16 Julai- Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu Israel, hari ini.

Serangan udara itu menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nuseirat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, hampir 38,700 rakyat Palestin terbunuh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu.

Ia juga menyebabkan lebih 89,000 rakyat Palestin mengalami kecederaan.

Konflik turut menyebabkan kebanyakan orang awam kehilangan tempat tinggal dan berisiko mengalami kebuluran. - REUTERS

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM