fb fb fb fb fb

Dua individu ditahan di Indonesia, kes seludup ganja

FOTO REUTERS

JAKARTA, 5 Ogos - Polis dan kastam Indonesia menahan dua individu didakwa ada kaitan dengan kes penyeludupan ganja yang dibawa dari Thailand ke United Kingdom melalui Indonesia, kata pihak berkuasa pada Isnin.

"Ini adalah fenomena baharu kerana ganja dari Thailand ini dihantar dahulu ke Indonesia kemudian dihantar ke Eropah," kata ketua Agensi Narkotik Nasional Indonesia, Marthinus Hukom dalam sidang akhbar.

Kira-kira 113kg ganja, bernilai sekitar 25 bilion rupiah ($1.5 juta) telah dirampas semasa operasi itu, katanya.

Kedua-dua suspek warga Indonesia itu didakwa menerima ganja yang disembunyikan dalam bungkusan mengandungi penutup katil dan mainan kucing daripada seorang warga Thailand yang masih diburu polis.

Jika didapati bersalah melanggar undang-undang narkotik di Indonesia, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Pada 2022, Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara yang akan membuka jalan untuk membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan.

"Kami berjaya mendapatkan maklumat daripada Kastam, bersama-sama Kastam kami membangunkan maklumat, siasatan bermula dari pintu masuk lapangan terbang, hingga ke ekspedisi dan akhirnya kami berjaya menemui ganja yang berasal dari Thailand." kata Ketua Agensi Narkotik Negara, Marthinus Hukom.

"Kami berjaya merampas kira-kira 113 kg (249 lbs) ganja yang akan dihantar ke Eropah dan ini adalah fenomena baharu kerana ganja dari Thailand ini dihantar terlebih dahulu ke Indonesia sebelum ia dibawa ke Eropah." kata Marthinus. - REUTERS

TETITIA YUSOFF