fb fb fb fb fb

Dua doktor maut dalam serangan terbaharu Israel di Deir al-Balah

FOTO REUTERS

GAZA, 12 Mei- Agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan dua doktor terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Deir al-Balah di kawasan tengah wilayah Palestin, pada Ahad.

Lebih menyayat hati, kedua-duanya merupakan pasangan anak beranak.

“Mayat Dr. Muhammad Nimr Qazaat dan anaknya, Dr. Youssef, telah ditemui (kerana mereka dibunuh) akibat serangan Israel di kota Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

"Jenazah kedua-duanya kemudian dipindahkan ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Tentera Israel bagaimanapun tidak membalas sebarang kenyataan ketika dihubungi AFP- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE