fb fb fb fb fb

Dua bomba maut di Idaho, penembak masih diburu

Foto Reuters

IDAHO, 30 Jun- Dua anggota bomba maut selepas ditembak ketika memadam kebakaran di utara Idaho pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa, operasi memburu suspek masih giat dijalankan ketika pasukan keselamatan terus menjadi sasaran penembak hendap.

Insiden tembakan berlaku di kawasan semula jadi Canfield Mountain, berhampiran bandar Coeur d’Alene yang berpenduduk kira-kira 57,000 orang, terletak 420 kilometer ke timur Seattle, Washington.

Kawasan itu dikenali sebagai lokasi riadah popular dalam kalangan pendaki.

Menurut Penguasa Polis Daerah Kootenai, Robert Norris, masih belum jelas sama ada kejadian itu melibatkan seorang atau lebih penembak.

Beliau turut memaklumkan kemungkinan terdapat orang awam yang turut tercedera dalam insiden berkenaan.

"“Saya menyeru kepada semua supaya menggesa orang ramai untuk menjauhkan diri daripada kawasan ini. Jangan datang ke sini. Jauhkan diri.

Jika individu terlibat tidak dapat dineutralkan segera, insiden ini berkemungkinan berlarutan selama beberapa hari," kata Norris dalam sidang media, hari ini.

Anggota bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran kira-kira pukul 1.21 petang waktu tempatan dan kira-kira 40 minit kemudian, laporan diterima bahawa mereka sedang diserang tembakan.

Kawasan kejadian kini dipenuhi pasukan polis dan keselamatan awam.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM