fb fb fb fb fb

Dua ahli geng samseng bola sepak Argentina ditembak mati

FOTO HIASAN

BUENOS AIRES, 10 November- Dua orang ahli geng samseng bola sepak Argentina ditembak mati pada malam Sabtu di luar stadium kelab Rosario Central, lapor media tempatan.

Stesen televisyen tempatan Cadena 3, bersama media nasional seperti La Nacion, menamakan mangsa sebagai ketua geng, Andres "Pillin" Bracamonte, dan seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Daniel "Rana" Atardo.

Geng-geng tersebut, atau dikenali sebagai "barrabravas," adalah organisasi ala-mafia yang ada kaitan dengan beberapa kelab terkenal negara tersebut dan dikendalikan oleh penyokong tegar.

Bracamonte, yang diharamkan daripada menghadiri perlawanan Rosario disebabkan rekod keganasannya, dan Atardo dilaporkan telah diserang hendap berhampiran stadium kelab itu, Gigante de Arroyito, di mana pasukan mereka tewas 1-0 kepada San Lorenzo pada Sabtu.

Sepanjang 25 tahun memimpin barrabrava Rosario, Bracamonte menjadi sasaran kira-kira 30 cubaan membunuh, menurut laporan media.

Dia baru sahaja hadir di mahkamah pada hari Jumaat atas tuduhan keganasan berkaitan jantina, di mana pendakwa telah memohon hukuman penjara dua tahun.

Dia juga menghadapi tuduhan pemerasan, konspirasi jenayah dan pengubahan wang haram.

Pergaduhan antara penyokong adalah perkara biasa dalam bola sepak Argentina dan telah meragut lebih daripada 350 nyawa sejak liga profesional ditubuhkan pada akhir 1800-an, menurut NGO Salvemos al Futbol (Selamatkan Bola Sepak).-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE