KAHERAH, 10 November- Berpuluh-puluh penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan Israel ke atas Jabalia di utara Gaza, kata pakar perubatan Palestin.
Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan lebih 10 mayat dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tanah di sebuah hospital.
Penduduk berkata, bangunan disasarkan rejim Zionis itu menempatkan sekurang-kurangnya 30 individu.
Sementara itu agensi berita rasmi Palestin WAFA dan media Hamas meletakkan jumlah individu yang terbunuh ialah 32 orang.
Perkhidmatan Kecemasan Awam pula berkata, operasinya terpaksa dihentikan akibat serangan berterusan dari Israel ke dua bandar dan kem pelarian di utara Gaza bermula pada 5 Oktober lalu.
Berikutan serangan itu, angka yang terkorban tidak dapat dipastikan.
Di bandar Gaza serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kawasan kejiranan Sabra meragut nyawa pegawai di Kementerian Kebajikan Wael Al-Khour dan tujuh ahli keluarganya yang lain termasuk isteri serta anak-anaknya, kata pegawai perubatan.
Bagaimanapun Hamas mahu perjanjian menamatkan perang dan perjanjian tawanan untuk tebusan.
Qatar telah berusaha untuk merundingkan gencatan senjata bersama-sama Mesir dan Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga negara itu melakukan usaha berkenaan selama berbulan-bulan dalam perbincangan dalam mencapai kejayaan perjanjian berkenaan.
Sehingga kini sebahagian besar Gaza telah musnah dan kira-kira 43,500 rakyat Palestin maut, kata pegawai kesihatan Palestin.- REUTERS