WASHINGTON, 18 Jun- Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan sama ada Amerika Syarikat akan menyertai serangan Israel ke atas Iran.
Tambah beliau Tehran telah menghubunginya untuk berunding bagi menamatkan konflik itu.
"Sudah habis dengan Iran, sekarang penyerahan tanpa syarat.
Saya boleh melakukannya, saya mungkin tidak melakukannya. Maksud saya, tiada siapa yang tahu apa yang saya akan lakukan," kata Trump kepada pemberita di South Lawn apabila ditanya sama ada beliau telah memutuskan untuk melancarkan serangan udara ke atas Republik Islam itu.
Iran telah mencadangkan menghantar pegawai ke Washington untuk perbincangan mengenai program nuklear Tehran dalam usaha untuk menamatkan serangan udara Israel.
Saya kata sudah terlambat untuk bercakap. Kita mungkin berjumpa. Terdapat perbezaan besar antara sekarang dan seminggu yang lalu, bukan? Perbezaan besar." tambah Trump.