fb fb fb fb fb

33 maut serangan Israel di Gaza

Foto AFP

GAZA, 18 Jun- 33 orang maut dalam serangan Israel di wilayah Palestin pada Rabu, termasuk 11 mangsa yang sedang menunggu bantuan.

Jurucakap pertahanan awam Mahmud Bassal memberitahu serangan rejim zionis itu turut menyebabkan lebih 100 cedera.

"Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah beribu-ribu rakyat ketika beratur untuk menerima makanan di Gaza." jelas beliau.

Agensi pertahanan awam turut memaklumkan 19 orang lagi terbunuh dalam tiga serangan Israel menyasarkan rumah dan khemah untuk orang yang kehilangan tempat tinggal.

Manakala tiga lagi mangsa terbunuh dalam serangan di kawasan kejiranan timur laut Bandar Gaza.

Jumlah kematian di Gaza sejak perang meletus mencecah 55,637 orang.

AZRUL FAIZAL JUSOH