fb fb fb fb fb

Dinding kandang runtuh, 70 ekor buaya terlepas

(Foto REUTERS)

MAOMING, 15 September- Sebanyak 70 ekor buaya terlepas dari sebuah kandang di China, semalam.

Insiden berkenaan berlaku di bandar Maoming, selatan China di wilayah Guangdong.

Menurut pihak berkuasa tempatan, haiwan ganas itu melarikan diri menerusi dinding kandang yang runtuh semasa banjir akibat hujan lebat.

"Sebanyak 36 ekor buaya telah ditemukan dan ditangkap pada 14 September.

"Operasi pencarian haiwan berkenaan masih diteruskan sehingga kini," katanya menerusi kenyataan. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu