fb fb fb fb fb

Dibelenggu masalah kewangan, tujuh sekeluarga bunuh diri

Mayat dibawa untuk bedah siasat selepas tujuh ahli keluarga, termasuk tiga kanak-kanak, ditemui mati di rumah mereka di Surat, Gujarat, India / REUTERS

NEW DELHI, 29 Oktober- Tujuh sekeluarga ditemukan maut dalam kejadian bunuh diri beramai-ramai di negeri Gujerat, India pada Jumaat.

Menurut laporan media tempatan, polis turut menemui nota bunuh diri yang memberi bayang masalah kewangan menjadi punca keluarga itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Mahesh Solanki, 35, seorang ahli perniagaan perabot di bandar Surat, disyaki meracuni ibu bapa, isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum menggantung dirinya pada malam Jumaat.

"Mereka telah menulis nota bunuh diri dan kami sedang mengesahkannya. Ia nampaknya seperti masalah kewangan," seorang pegawai kanan polis.-REUTERS

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE