fb fb fb fb fb

39 maut Taufan Otis badai Acapulco

Foto AFP

ACAPULCO, 29 Oktober - Sekurang-kurangnya 39 orang maut selepas Taufan Otis membadai Acapulco di Mexico dan mencetuskan gangguan bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi.

Taufan kategori lima itu telah merosakkan 200,000 rumah dengan sejumlah restoran dan perniagaan musnah.

"Kami mesti memulakan semula pembinaan semula Acapulco secepat mungkin," kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

Anggaran awal laporkan kerosakan adalah kira-kira $15 bilion.

Setiausaha Keselamatan Mexico, Rosa Icela Rodriguez berkata sekurang-kurangnya 10 orang masih hilang, meningkat daripada empat orang yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, tentera laut Mexico telah menubuhkan unit udara "untuk mempercepatkan pengagihan bantuan kemanusiaan," kata kerajaan menerusi kenyataan.

Beribu-ribu liter bekalan air dan makanan telah diagihkan di bandar peranginan itu yang menempatkan 790,000 orang.

Mangsa yang memerlukan rawatan telah diterbangkan ke hospital luar dari Mexico-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN