fb fb fb fb fb

Denmark, Sweden gantung bantuan pembangunan ke Palestin

(Kebanyakan rumah musnah dalam serangan Israel di Khan Younis
selatan Semenanjung Gaza/FOTO REUTERS)

DENMARK, 12 Oktober - Denmark dan Sweden menggantung penyaluran bantuan pembangunan kepada Palestin. Bagaimanapun kedua-dua negara itu kekal memberi bantuan kemanusiaan berikutan peningkatan konflik Palestin - Israel.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Suruhanjaya Eropah (EU) melancarkan kajian semula bantuan penyaluran kepada Palestin.

Kerajaan di Copenhagen dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia "telah memutuskan untuk menangguhkan bantuan penyaluran Denmark ke Palestin."

Kajian semula itu akan dijalankan "dalam dialog rapat dengan rakan kongsi Denmark di EU dan negara-negara Nordic," katanya.

Tahun 2023, Denmark telah memperuntukkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan berjumlah 235.5 juta kroner (AS$33.5 juta) untuk wilayah Palestin.


(Seorang gadis Palestin yang cedera akibat serangan Israel di sebuah rumah
di Khan Younis di Selatan Semenanjung Gaza/FOTO REUTERS)

Kira-kira 72 juta kroner bantuan pembangunan masih belum diagihkan.

"Bantuan inilah yang kini ditangguhkan," kata kenyataan itu.

Sweden juga berkata ia menggantung bantuan pembangunan tetapi tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai jumlah itu.

Austria dan Jerman juga telah mengumumkan bahawa mereka juga menggantung bantuan pembangunan. - AFP

Media Baharu