fb fb fb fb fb

Dakwaan serangan seksual: Dua pemain ragbi Perancis diarah jalani tahanan rumah

Hugo Auradou, (kiri) dan Oscar Jegou

MENDOZA, 18 Julai- Dua pemain ragbi antarabangsa Perancis yang dituduh merogol seorang wanita semasa dalam lawatan di Argentina telah diarahkan untuk menjalani hukuman tahanan rumah buat sementara waktu selepas seminggu dalam tahanan polis, kata pejabat pendakwa raya.

Hugo Auradou, 20, dan Oscar Jegou, 21, ditahan di Buenos Aires dua hari selepas pasukan mereka menentang Argentina di bandar Mendoza.

Jumaat lalu, mereka didakwa merogol wanita yang ditemuinya di sebuah bar selepas perlawanan.

Pengadu berusia 39 tahun berkata dia telah dirogol secara ganas dan berulang kali oleh kedua-dua pemain itu.

Namun, kedua-duanya menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya ia adalah atas dasar suka sama suka.

Pada Rabu, pejabat pendakwa raya Argentina di Mendoza membenarkan permohonan mereka untuk tahanan rumah di bandar itu sementara menunggu perbicaraan.

Mereka akan dilengkapi dengan gelang pemantauan elektronik, kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Kedua-duanya dibawa dari pusat tahanan tempat mereka ditahan sejak minggu lalu.

“Ini adalah langkah yang sangat penting untuk dua pemain ragbi dan juga untuk ragbi Perancis,” kata peguam lelaki itu, Rafael Cuneo Libarona.

Auradou dan Jegou berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE