fb fb fb fb fb

Cyril Ramaphosa isytihar Afrika Selatan darurat ekoran krisis bekalan elektrik

FOTO AFP

CAPE TOWN, 11 Februari- Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan bagi menangani krisis bekalan elektrik negara itu.

Menurut Ramaphosa, Pusat Pengurusan Bencana Negara telah mengklasifikasikan krisis tenaga dan kesannya sebagai bencana.

Ramaphosa membuat pengumuman berkenaan semasa menyampaikan Ucapan Negara 2023 di Cape Town pada Khamis.

Pengumuman itu akan membolehkan kerajaan menyediakan langkah praktikal yang perlu untuk menyokong pengeluaran makanan, penyimpanan dan rantaian bekalan runcit.

Ia termasuk pelancaran penjana, panel solar dan bekalan kuasa tanpa gangguan.

Ramaphosa juga akan melantik menteri untuk memikul tanggungjawab penuh mengawasi semua aspek tindak balas krisis tenaga.

Afrika Selatan mengalami gangguan bekalan elektrik yang teruk, iaitu sekitar lapan jam sehari.-AFP


(Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa/AFP)

Media Baharu