fb fb fb fb fb

Cuba, Florida bergegas buat persiapan hadapi taufan Ian

(Sebuah keluarga membawa bersama anjing mereka ke lokasi selamat di Batabano,
pada 26 September 2022, selepas pihak berkusa mengeluarkan amaran
kecemasan taufan Ian/AFP)

HAVANA, 27 September- Cuba mengisytiharkan amaran kecemasan di beberapa wilayah pada Isnin tatkala taufan Ian semakin kuat dan menghampiri negara itu, sementara Florida turut menggandakan persiapan menjelang kemungkinan taufan melanda.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 50,000 penduduk di wilayah barat Cuba, Pinar del Rio diarah berpindah ke lokasi lebih selamat; 6,000 dipindahkan ke pusat pemindahan negeri dan selebihnya berpindah ke rumah ahli keluarga lain atau kenalan mereka.

Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (NHC) mengeluarkan amaran Ian semakin kuat dan boleh melepasi barat Cuba pada lewat Isnin atau awal Selasa.

“Kelajuan angin maksimum kekal hampir 155 kilometer sejam dengan tiupan semakin kuat, menurut NHC menjadikan Ian ribut kategori 2 pada skala Saffir-Simpson.

"Dijangka kekuatan akan kekal sehingga hari berikutnya,” tambah NHC.


(Imej taufan Ian dari Stesen Angkasa Lepas yang dikeluarkan NASA. Ian
dilapor semakin kuat dan menghampiri Cuba serta Florida/AFP)

 - JANGKAAN RIBUT DAHSYAT–

Di Florida, bandar Tampa juga ditelakkan bawah pengawasan, dan Gabenor Ron DeSantis mengisytiharkan darurat kecemasan di semua 67 daerah tatkala pihak berkuasa bekerja keras membuat persiapan kerana taufan dijangka melanda kawasan itu pada Rabu atau Khamis.

“Ian membawa hujan lepat, angin kencang, banjir kilat dan ribut juga kejadian puting beliung di kawasan terpencil di sepanjang Pantai Teluk Florida," kata DeSantis dalam sidang media di Tallahassee pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan penduduk membuat persiapan kemungkinan gangguan bekalan elektrik.

“Meskipun taufan tidak melanda kawasan anda, anda mungkin berdepan tiupan angin kuat yang boleh menyebabkan pokok tumbang dan menyebabkan gangguan (bekalan elektrik),” kata DeSantis.. turut memberi maran risiko banjir.

Penduduk telah diminta menambah stok bekalan makanan, air bersih, ubat dan bahan api. DeSantis juga telah mengaktifkan 7,000 Pengawal Kebangsaan untuk membantu usaha itu.

Pihak berkuasa di beberapa kawasan majlis perbandaran Florida termasuk Miami, Fort Lauderdale dan Tampa, mula mengagihkan beg pasir percuma kepada penduduk bagi mengelak rumah mereka dinaiki air.

Presiden Joe Biden telah meluluskan bantuan kecemasan kepada 24 daerah di Florida yang diagihkan menerusi Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA).

NASA pula memaklumkan, pihaknya memindahkan sistem pelancar roket Moon ke dalam hangar simpanan di Pusat Angkasa Kennedy di Florida bagi mengelak risiko taufan.

Sementara itu, negara Caribbean dan bahagian timur Kanada masih menilai kos kerugian akibat ribut kuat dicetuskan taufan Fiona yang melanda minggu lalu, sehinga meragut beberapa nyawa.

Ketika Fiona tiba di timur Kanada, ia membawa angin selaju 80 batu sejam, menyebabkan hujan lebat dan ombak setinggi 12 meter.

Pada awal Sabtu, tiga orang dipercayai mati selepas taufan itu membadai wilayah Atlantik Kanada yang dikategorikan sebagai taufan pasca-tropika. -AFP

Media Baharu