fb fb fb fb fb

Cuaca panas penyebab strok haba - Pakar

MADINAH, 20 Mei- Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) di Madinah kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan jemaah yang kurang sihat disebabkan cuaca panas, termasuk strok haba.

Antara tips disarankan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Asraf Qamruddin adalah menggalakkan jemaah mengambil minuman air kira-kira lapan cawan sehari.

Ia penting bagi mengelak jemaah khususnya warga emas, dehidrasi.

"Jemaah dinasihat tidak berada di bawah panas terik dalam tempoh lama untuk mengelakkan strok haba.

"Mereka juga digalakkan menggunakan payung atau pelindung matahari selain memakai pakaian longgar dan berwarna cerah.

"Jemaah diminta merujuk pegawai perubatan di penginapan masing-masing sekiranya mengalami gejala akibat kepanasan.

"Suhu panas di Madinah boleh mencapai sehingga bacaan 40 darjah Celsius pada satu-satu masa, yang boleh memberi kesan sampingan kepada jemaah.

"TH sentiasa peka dengan menyediakan pasukan perubatan mencukupi untuk menyantuni mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita di sini.


(Suhu panas di Madinah boleh mencapai sehingga bacaan 40 darjah Celsius
pada satu-satu masa, yang boleh memberi kesan sampingan
kepada jemaah)

Media Baharu