(Foto BERNAMA)
SEPANG, 20 Mei- Status paras air di empangan sekitar negeri Selangor mencapai paras penuh 100 peratus dan terkawal.
Menurut Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian, hanya tiga empangan mempunyai paras dibawah 100 peratus iaitu Empangan Kolam Off River Storage (ORS) Labu, Empangan Klang Gate dan Empangan Sungai Langat.
Ketiga-tiga empangan itu berada pada paras lebih 90 peratus, dimana masih terkawal dan memuaskan.
"Saya boleh katakan empangan di Selangor boleh bertahan sehingga lima bulan jika tidak hujan. Kerajaan juga meletakkan kira-kira 98 tasik dalam keadaan bersedia jika memerlukan. Keseluruhannya ia boleh bertahan dalam masa enam hingga tujuh bulan jika tidak hujan. Di Selangor, kita tidak ada masalah kekurangan atau catuan air," katanya kepada pemberita di sini.
Susulan cuaca panas, beliau berkata pemantauan akan dipergiat untuk memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan bagi mengelak jerebu.
Tegasnya, pihak tidak bertanggungjawab yang didapati melakukan kesalahan itu akan berdepan tindakan undang-undang.
(Foto BERNAMA)