(Foto AFP)
LONDON, 19 Julai- Eropah kini terdedah dengan cuaca panas melampau yang berpotensi mencetuskan kebakaran hutan yang lebih teruk.
Di Britain, suhu panas mencecah 38.1 darjah Celcius di Suffolk, timur England, menjadikan hari terpanas tahun ini dan ketiga paling panas direkodkan sebelum ini.
Lebih buruk, suhu dijangka terus meningkat kepada 40 darjah Celcius sehingga akhir tahun terburuk sejak sekian lama. Pakar meramalkan gelombang haba menjadi lebih kerap disebabkan perubahan iklim.
Selain Britain, peningkatan suhu juga dilaporkan di Perancis.
(Sebuah pesawat bomba melakukan operasi memadam kebakaran hutan
berhampiran Bustelo, timur Amarante, utara Portugal/AFP)
Pusat Kaji Cuaca Negara merekodkan suhu tertinggi pada Isnin dengan catatan 42 darjah Celcius di barat Nantes iaitu yang tertinggi berbanding 40.3 darjah Celcius yang dicatatkan pada 1949.
Anggota bomba di barat daya Perancis masih berusaha mengawal dua kebakaran besar akibat cuaca panas yang melampau.
Beberapa negara Eropah lain seperti Belgium, Ireland, Greece, Portugal dan Sepanyol turut mengalami peningkatan suhu.-AFP