fb fb fb fb fb

CSIS Kanada beri amaran China gunakan TikTok intip pengguna

Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada (CSIS) memberi amaran kepada warga Kanada supaya tidak menggunakan aplikasi video TikTok, dengan mengatakan data yang diperoleh daripada penggunanya "tersedia kepada kerajaan China," lapor media tempatan CBC / Foto Reuters

OTTAWA, 18 Mei - Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada (CSIS) memberi amaran kepada warga Kanada supaya tidak menggunakan aplikasi video TikTok, dengan mengatakan data yang diperoleh daripada penggunanya "tersedia kepada kerajaan China," lapor media tempatan CBC pada Jumaat.

"Jawapan saya sebagai Pengarah CSIS ialah terdapat strategi yang sangat jelas di pihak kerajaan China untuk memperoleh maklumat peribadi daripada sesiapa sahaja di seluruh dunia," kata Pengarah CSIS, David Vigneault kepada CBC.

"Pernyataan ini tidak disokong oleh bukti, dan hakikatnya TikTok tidak pernah berkongsi data pengguna Kanada dengan kerajaan China dan kami juga tidak akan jika ditanya," kata jurucakap TikTok sebagai respons laporan yang dikeluarkan CBC.

Kanada pada September mengarahkan semakan keselamatan negara terhadap cadangan TikTok untuk mengembangkan perniagaan aplikasi video pendek di negara itu.

Vigneault bagaimanapun berkata beliau akan mengambil bahagian dalam semakan itu dan menawarkan nasihat, lapor CBC.

"Kami akan terus berhubung dengan pegawai Kanada dan akan mengalu-alukan peluang untuk bertemu dengan CSIS untuk membincangkan cara kami melindungi privasi dan keselamatan warga Kanada," kata jurucakap TikTok.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN