fb fb fb fb fb

COVID-19: Thailand beri lebih banyak kelonggaran

(FOTO FAIL AFP)

BANGKOK, 24 September- Pelawat ke Thailand kini tidak lagi perlu menunjukkan bukti telah lengkap vaksin COVID-19 untuk memasuki negara itu mulai bulan depan.

Pelawat juga tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian pantas COVID-19 semasa ketibaan, antara langkah yang diambil untuk melonggarkan sekatan COVID-19 serta mempromosikan perjalanan dan juga perniagaan.

Jurucakap Pusat bagi Pentadbiran Situasi COVID-19, Dr Taweesin Visanuyothin berkata memandangkan situasi pandemik itu semakin baik, Thailand akan menamatkan darurat seluruh negara, yang dilaksanakan pada 24 Mac 2020 bagi membendung penularan COVID-19, pada 30 September ini.

Beliau berkata pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan, tidak perlu dikuarantin.

“Kedudukan COVID-19 akan diturunkan daripada penyakit berjangkit berbahaya kepada penyakit berjangkit dalam pengawasan” mulai 1 Oktober,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata CCSA akan dibubarkan dan menamatkan peranannya dalam membendung COVID-19.

Thailand menyasarkan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini, dengan 1.5 juta pelancong asing dari Oktober hingga Disember. 

Sepanjang 24 jam lepas, Thailand merekodkan 752 kes COVID-19 dengan sembilan kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 4,677,090 dan 32,692 kematian.- BERNAMA 


(FOTO FAIL AFP)

Media Baharu