fb fb fb fb fb

COVID-19: Shanghai teruskan saringan besar-besaran

(Orang ramai menunggang basikal di jalan di tengah-tengah salji,
berikutan wabak penyakit koronavirus (COVID-19), di Beijing, China
17 Mac 2022/ FOTO REUTERS)

SHANGHAI, 18 Mac- Bandar berpenduduk paling padat di China itu sehingga kini meneruskan ujian saringan skala besar bagi mengekang lonjakan baharu jangkitan COVID-19 selain mengenakan tindakan menutup sekolah serta melancarkan saringan di seluruh bandar yang menyaksikan berpuluh-puluh kediaman dikenakan perintah berkurung sekurang-kurangnya 48 jam, walaupun setakat ini ia tidak terjejas teruk oleh virus itu,

Hab komersial China yang menempatkan kira-kira 25 juta orang itu menyaksikan jangkitan komuniti tempatan bergejala mencecah 57 kes pada 17 Mac daripada lapan hari sebelumnya dan dengan 203 lagi kes tanpa gejala merebak secara domestik daripada 150 huga pada semalam.

Namun, beberapa daerah mula melonggarkan peraturan dan larangan dalam usaha meminimumkan gangguan terhadap pembukaan semula ekonomi buat pertama kali sejak dua tahun pandemik melanda.

Shanghai menegaskan, saringan akan dilakukan di kawasan kejiranan tertentu dan memerintahkan penutupan 48 jam sementara mereka menunggu keputusan mereka.

Bagaimanapun, perintah itu dilihat tidak begitu ketat memandangkan ada kawasan yang tidak dikenakan penutupan sepanjang 48 jam itu.

Difahamkan juga, Shanghai meningkatkan kapasiti ujiannya kepada tiga juta sehari dan merancang untuk meningkatkannya kepada 5.5 juta dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beberapa daerah melaporkan kekurangan kakitangan yang berkelayakan bagi mengendalikan ujian.

 

(Sukarelawan membantu orang ramai dengan menunjukkan arah ke pusat ujian COVID-19 sementara
di sebuah kompleks perumahan di Shanghai, China/FOTO REUTERS)


China melaporkan 2,388 kes tempatan baharu dengan simptom yang disahkan pada 17 Mac, hampir dua kali ganda jangkitan berlaku sebelum ini.

Justeru, penganalisis membahaskan sejauh mana tindak balas 'sifar-COVID' China tanpa tolak ansur itu akan menjejaskan ekonomi di dalam negeri dan di seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping, memberi isyarat bahawa dasar 'pelepasan dinamik' untuk membendung wabak itu tidak akan diketepikan.

"Kemenangan datang daripada ketabahan," kata Xi pada mesyuarat jawatankuasa tetap Biro Politik sambil menyeru langkah dan usaha yang lebih berkesan untuk meminimumkan kesan ekonomi, lapor media kerajaan. - REUTERS

Media Baharu