fb fb fb fb fb

COVID-19: Penamatan perintah berkurung di Shanghai ditangguhkan

SHANGHAI, 6 Mei- Penamatan perintah berkurung di Shanghai yang sudah berlanjutan selama lima minggu terpaksa ditangguhkan selepas kes COVID-19 masih dikesan dalam komuniti.

Perkembangan itu mengecewakan penduduk dan pihak berkuasa kerana kes terus meningkat walaupun China melaksanakan strategi tegas mengasingkan semua kes positif dan kontak rapat.

"Walaupun jumlah kes keseluruhan terus susut, jangkitan dalam komuniti masih terus berlaku. Pada Selasa ia mencatatkan 4,982 kes berbanding 5,669 kes Isnin lepas," kata kenyataan dilaporkan AFP.

Selepas berjaya mencecah sifar kes baharu hujung minggu lalu, jumlah jangkitan kembali meningkat kepada lebih 50 sehari bulan ini.

Pihak berkuasa Shanghai sebelum ini memaklumkan perintah berkurung hanya akan ditamatkan selepas jangkitan komuniti mencecah angka sifar.

Selasa lalu, pihak berkuasa menggesa penduduk Beijing jangan keluar dari bandar jika tiada urusan penting dan hanya individu dengan kod kesihatan hijau serta negatif COVID-19 dalam tempoh 48 jam dibenarkan keluar.-AFP


(Foto REUTERS)

Media Baharu