fb fb fb fb fb

Pertempuran baharu tercetus di perkarangan Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Mei - Pertempuran meletus antara warga Palestin dengan pelampau Yahudi di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada Khamis, selepas ketegangan reda selama 10 hari di tapak suci itu.

Laporan agensi berita AFP menyebut, terdapat kehadiran polis yang ramai di hadapan Al-Aqsa ketika kumpulan jemaah Yahudi kembali ke tapak itu buat kali pertama bulan ini.

Bulan Sabit Merah Palestin pula melaporkan, dua orang cedera dalam pertempuran.

"Kira-kira 600 pelampau Yahudi berkumpul di perkarangan masjid,' kata syeikh masjid Al-Aqsa, Omar al-Kiswani, kepada AFP.

(Menurut saksi, polis Israel juga menyerang dan cuba menahan jemaah Palestin selain turut melepaskan tembakan peluru getah ke arah jemaah/REUTERS)

Tapak itu adalah tempat paling suci penganut agama Yahudi, yang dikenali sebagai Temple Mount.

Rakyat Palestin marah dengan peningkatan dalam lawatan Yahudi ke perkarangan Al-Aqsa kerana berdasarkan konvensyen lama, orang Yahudi boleh melawat tetapi tidak dibenarkan untuk berdoa.

Bulan lepas, hampir 300 orang cedera dalam pertempuran di perkarangan Al-Aqsa antara polis Israel yang bersenjata api dengan rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu dan kayu.

Keganasan juga berlaku di Tebing Barat yang diduduki.

Minggu lalu, Hamas yang memerintah Gaza mengancam Israel dengan serangan roket dan rumah ibadat jika tentera Israel melakukan serbuan lanjut di tapak tersebut.-AFP

Media Baharu