NEW YORK, 25 Julai – Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong, menyeru agar kedua-dua pihak yang bertelagah Thailand dan Kemboja, mengekalkan budi bicara serta menamatkan pertempuran yang semakin memuncak di sempadan.
Fu memberitahu bahawa China sedang berhubung secara aktif dengan anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) serta pihak berkepentingan serantau dan menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap situasi semasa.
“Kami tahu bahawa Kemboja dan Thailand bukan sahaja jiran baik kepada China, malah antara satu sama lain. Mereka juga ahli penting ASEAN, dan ASEAN mempunyai tradisi menyelesaikan pertikaian melalui kaedah damai,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kami berharap keamanan dapat dicapai semula, dan bagi pihak China, kami berusaha menjadi pengantara antara kedua-dua pihak. Kami berharap ketegangan ini dapat distabilkan secepat mungkin,” tambah Fu. - REUTERS