fb fb fb fb fb

China sedia mulakan perang dengan AS, jika Taiwan mahu isytihar kemerdekaan

SINGAPURA, 11 Jun- Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe memberi amaran kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd J Austin bahawa Beijing sedia memulakan perang sekiranya Taiwan mahu mengisytiharkan kemerdekaan.

Amaran itu hadir ketika dua pemimpin berkenaan mengadakan pertemuan bersemuka pertamanya dengan rakan sejawatnya itu di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura.

Ketegangan Amerika Syarikat-China memuncak selepas Beijing menganggap Taiwan sebagai wilayahnya dan berjanji merampasnya termasuklah secara paksa jika perlu.

Tentera China juga dilapor tidak teragak-agak memula perang sekiranya ada pihak berani memisahkan Taiwan dari China.

Mereka berikrar menghancurkan mana-mana plot kemerdekaan Taiwan dan tindakan menggunakan Taiwan untuk menyekat China tidak akan berlaku.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam kenyataannya berkata Austin telah menegaskan, semua kepentingan keamanan dan kestabilan merentasi Taiwan, penentangan terhadap perubahan unilateral kepada status quo harus dipelihara.

Beliau juga meminta China mengelak melakukan tindakan yang menjejaskan kestabilan tersebut.-REUTERS


(Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe/REUTERS)

 

Media Baharu