fb fb fb fb fb

China sambung semula kemasukan 15 hari tanpa visa untuk warga Singapura, Brunei

(FOTO HIASAN)

BEIJING, 23 Julai- China akan menyambung semula kemasukan 15 hari tanpa visa untuk warga Singapura dan Brunei mulai Rabu, kata kedutaannya di kedua-dua negara.

Langkah itu diambil lebih tiga tahun selepas visa untuk kedua-dua negara digantung dengan tujuan menghentikan penyebaran COVID-19.

Kemasukan tanpa visa ke China akan tersedia untuk warga Singapura dan Brunei dengan pasport biasa yang melakukan perjalanan untuk perniagaan, melancong, melawat saudara-mara dan rakan-rakan, serta dalam transit, kata kedutaan.

China menarik balik banyak langkah sifar COVID pada bulan Disember tetapi hanya mula mengeluarkan visa pelancong semula pada bulan Mac.

China juga telah berusaha memohon perjalanan tanpa visa untuk warganya ke Singapura.-REUTERS


(FOTO HIASAN)

Media Baharu