fb fb fb fb fb

Musk mahu tukar logo Twitter

(FOTO REUTERS)

BENGALURU, 23 Julai- Pemilik Twitter, Elon Musk berhasrat mahu menukar logo platform media sosial itu.

Menerusi satu hantaran Twitter, Musk berkata "Tidak lama lagi kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada jenama Twitter dan secara beransur-ansur, semua burung."

Dalam tweet pada pukul 12:06 pagi pada Ahad, CEO bilionair itu menambah: "Jika logo X yang cukup bagus disiarkan malam ini, kami akan menyiarkan secara langsung di seluruh dunia esok."

Musk bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.-REUTERS


(FOTO TWITTER @elonmusk)

Media Baharu